SENIMAN agung P.Ramlee diketahui umum memiliki hubungan yang istimewa sebagai kenalan rapat wartawan-wartawan Utusan Melayu di Cecil Street ketika beliau mula menapak dalam filem Melayu sekitar awal 1948 sehinggalah 1960-an meniti zaman kegemilangan dunia perfileman di Studio Jalan Ampas, Singapura. P. Ramlee bersahabat baik dengan wartawan Utusan Melayu seperti A. Samad Ismail, Melan Abdullah, Mazlan Nordin, Ahmad Idris (ABI) dan wartawan asuhannya, Aimi Jaar yang menulis untuk majalah Gelanggang Filem…










