Fandi, Kannan tukar pasukan - Utusan Malaysia

Fandi, Kannan tukar pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencapai persetujuan dengan PKNS FC untuk membuat satu pertukaran sebelum tarikh perpindahan pemain pertama ditutup tengah malam tadi.

FAS menerusi laman sesawangnya; www.redgiants.faselangor.my, memaklumkan Fandi Othman yang beraksi dengan PKNS FC akan mengisi posisi pertahanan kiri K. Kannan yang berpindah ke kelab berkenaan.

Untuk rekod, Fandi merupakan anak kelahiran Johor memulakan karier bola sepaknya bersama pasukan Harimau Muda A pada 2009.

Dia pernah beraksi dengan beberapa pasukan lain termasuk Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Melaka United dan Felcra FC.

“Pemain pertahanan ini turut dikenali ramai sebagai seorang pemain yang sangat berdedikasi dan diharap kualiti ini akan dapat membantu memperkuatkan lagi benteng pertahanan Selangor,” jelas FAS.

Kannan pula merupakan pemain muda daripada skuad Piala Presiden Selangor yang diserapkan ke dalam skuad Liga Super Selangor pada 2016 dan kekal sehingga kini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN