Erbe World bantu masalah hutang - Utusan Malaysia

Erbe World bantu masalah hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, masyarakat terpaksa menanggung peningkatan kos sara hidup yang tinggi ekoran meningkatnya harga barang dan perkhidmatan yang agak membebankan.

Peningkatan kos sara hidup berlaku disebabkan banyak faktor antaranya pertumbuhan ekonomi negara yang perlahan dan penurunan nilai ringgit berbanding mata wang utama dunia.

Ketidaktentuan itu telah menyumbang kepada tekanan kepada masyarakat untuk menguruskan komitmen perbelanjaan harian atau pinjaman bulanan mereka seperti pinjaman rumah dan Perbadanan Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekiranya gagal membuat bayaran pinjaman dalam tempoh tiga bulan berturut-turut, peminjam boleh disenaraihitamkan oleh Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak imigresen.

Menurut BNM, jumlah mereka dan syarikat yang disenaraikan semakin meningkat dari tahun ke tahun dan ia sangat membimbangkan.

Menyedari hakikat itu, Erbe World Group Sdn. Bhd. (Erbe World) tampil untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan atau rekod buruk dalam institusi kewangan.

Pengarah Urusan Erbe World, Datuk Muhammad Amir Abdullah berkata, pihaknya mempunyai kepakaran bagi membantu mereka yang mengalami masalah pinjaman sama ada dengan bank atau syarikat swasta.

Katanya, pihaknya juga menyediakan khidmat nasihat kepada pelanggan yang ingin menstruktur semula kewangan mereka agar lebih berhemah dan tidak membebankan.

“Kami sedar, ramai orang di luar sana yang mengalami masalah pinjaman dengan institusi kewangan sekali gus menyebabkan mereka disenarai hitam.

“Ia akan menyukarkan mereka membuat pinjaman baharu untuk membeli rumah, kenderaan atau pinjaman peribadi dengan bank yang berdaftar dengan BNM,” katanya ketika ditemu bual K2 baru-baru ini.

Erbe World yang diasaskan sejak tiga tahun lalu itu berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah syarikat konsultan kewangan, syarikat kredit, insurans dan ejen komisen am.

Mohon dana

Menurut Muhammad Amir, kebanyakan pelanggannya memohon dana daripada Erbe World bagi menyelesaikan hutang-hutang tertunggak mereka dengan institusi kewangan. Ia bagi membolehkan nama pelanggan dikeluarkan daripada senarai hitam BNM.

Dia memaklumkan, pihaknya kemudian akan membantu pelanggan mengemukakan permohonan pinjaman baharu daripada bank berdaftar dan wang itu digunakan untuk membayar kembali dana serta komisen.

“Jumlah dana yang dikeluarkan untuk membantu pelanggan bergantung kepada nilai pinjaman yang boleh dibuat oleh pelanggan kepada pihak bank. Ini bergantung kepada jumlah pendapatan bulanan mereka.

“Kadar komisen adalah serendah 10 peratus, namun ia bergantung kepada tahap kesukaran membuat pinjaman baharu daripada bank. Jika banyak masalah maka komisennya lebih tinggi,” terangnya.

Muhammad Amir memaklumkan, tujuan pihaknya memperkenal kaedah penyelesaian menerusi kaedah dana pendahuluan dari Erbe World adalah untuk memberi peluang kedua kepada pelanggan.

Ujarnya, kaedah tersebut juga lebih mudah kerana pelanggan tidak perlu menunggu tempoh masa lama untuk dikeluarkan daripada senarai hitam BNM dan membuat pinjaman baharu.

“Kami tidak hanya membantu pelanggan yang mempunyai masalah dengan institusi kewangan, malah ada antara mereka berhutang daripada ah long.

“Kami sedaya upaya akan membantu mereka ini untuk keluar dari bayang-bayang ah long yang diketahui meletakkan kadar faedah tinggi kepada peminjam,” ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Erbe World boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-5523 9090 atau layari laman web, nwww.erbeworldgroup.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN