KUALA LUMPUR 2 Feb. – UMNO dan Pas akan terus menjalinkan kerjasama atas nama Islam serta penyatuan ummah kerana itulah yang rakyat mahukan, jelas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata demikian sebagai reaksinya terhadap kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang mengaitkan kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini kerana ada gabungan antara parti Islam Pas dan ‘parti kafir’. Label ‘parti kafir’ itu didakwa sering merujuk kepada UMNO oleh Pas, terutama semasa UMNO diketuai Dr. Mahathir. Asyraf…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya