Enam maut, seorang kritikal kebakaran pusat hiburan - Utusan Malaysia

Enam maut, seorang kritikal kebakaran pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Enam individu maut dipercayai akibat sesak nafas manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal selepas mereka terperangkap dalam kebakaran di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Tai Chee Kin, 36 dan Lau Wai Hoong, 37, manakala mangsa yang kritikal ialah Ng Kok Eng, 39.

Empat lagi mangsa maut terdiri daripada dua wanita warga Vietnam, seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lagi yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melibatkan kebakaran di tingkat empat premis tersebut pada pukul 5.49 pagi.

Katanya, seramai 31 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dan Ipoh dengan dibantu lapan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dihantar ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.

“Maklumat awal mendapati terdapat 10 mangsa berada di dalam premis berkenaan dan daripada jumlah itu enam individu disahkan maut oleh pegawai perubatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN