Empat penunggang motosikal berteduh bawah jejantas cedera dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Empat penunggang motosikal berteduh bawah jejantas cedera dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 19 Feb. – Empat penunggang motosikal yang sedang berteduh di bawah jejantas di Kilometer 204.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini berdepan detik cemas apabila dirempuh sebuah kereta yang terbabas semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang itu, seorang pelajar kolej, Umi Umairah Ahmad Salleh Hudin, 22, patah kaki dan peha manakala Siti Nur Atikah Yahaya, 22, pula parah pada kepala.

Dua lagi penunggang motosikal, Muhd Fitri Zaini, 19, dan Muhd Akmal Abdull Somat, 20, masing-masing cedera  beberapa bahagian badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Razlam Ab. Hamid berkata, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 29 tahun dan dipandu di lorong kiri  terbabas sebelum berpusing dan melanggar kesemua penunggang motosikal yang sedang berteduh di bawah jejantas ekoran hujan lebat.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan kesemua penunggang motosikal cedera dan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan kecemasan.

“Dalam kejadian itu, pemandu kereta tersebut tidak cedera. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN