IPOH 20 Feb. – Empat lagi mangsa kebakaran sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah pagi tadi ditemukan menjadikan jumlah yang maut akibat kejadian itu seramai enam orang.
Mereka yang dijumpai pasukan bomba dan penyelamat itu terdiri daripada dua wanita warga Vietnam, seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lagi yang masih belum dikenal pasti identitinya. – UTUSAN ONLINE










