LONDON 12 Feb. – Inkues Koroner bagi menentukan kematian Emiliano Sala mendapati pemain Cardiff City itu meninggal akibat kecederaan parah di kepala dan dada ekoran hentakan kuat pesawat yang terjunam ke dalam Selat Inggeris. Lapor Daily Mail, Koroner Kanan di Dorset, Brendan Allen yang mengesahkan perkara tersebut kemudian menangguhkan prosiding itu sehingga 6 November ini bagi membolehkan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) menyediakan semakan pra-inkues. -AGENSI










