Emiliano Sala disemadikan di Argentina - Utusan Malaysia

Emiliano Sala disemadikan di Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROGRESSO 16 Feb.- Pemain bola sepak Cardiff City, Emiliano Sala yang maut dalam tragedi pesawat terhempas di laut Inggeris akan disemadikan di tempat kelahirannya di sini, hari ini.

Upacara khas dianjurkan di sebuah gimnasium di daerah Santa Fe bagi memberi peluang kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Sala,28, terbunuh pada 21 Januari, dua hari selepas disahkan bakal meninggalkan kelab Nantes untuk menyertai Cardiff City.

Pesawat membawa Sala dan juruterbang, David Ibbotson terhempas berdekatan pulau Alderney di laut Inggeris.

Mayat beliau ditemukan pada 7 Februari setelah pesawat tersebut berjaya dikesan di dasar laut.

Ibbotson walau bagaimanapun dilaporkan masih hilang.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN