Emery mahu Gunners konsisten - Utusan Malaysia

Emery mahu Gunners konsisten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Feb. – Unai Emery menegaskan kepada semua pemainnya agar lebih konsisten selepas meraih kemenangan ke atas BATE menjelang aksi menentang Southampton dalam kempen Liga Perdana Inggeris, esok.

Ketika ini Arsenal berada di tangga kelima dengan 50 mata selepas 26 perlawanan dan kurang satu mata daripada pasukan tangga keempat Manchester United.

Arsenal berjaya melangkah ke pusingan 16 Liga Europa semalam menerusi kemenangan 3-0 ke atas BATE di Stadium Emirates selepas gol sendiri daripada Zakhar Volkov dan jaringan Shkodran Mustafi serta Sokratis Papastathopoulos.

Kata Emery, dia mengakui bahawa barisan pemainnya harus belajar untuk mengulangi aksi hebat mereka di tempat sendiri secara konsisten demi memenangi hati peminat The Gunners.

“Di tempat sendiri, kami telah mencipta pendekatan ini dan kami mahu pemain sentiasa memberi tekanan sepanjang 90 minit selain memberikan kesukaran kepada pihak lawan sepanjang perlawanan.

“Kami perlu mencipta perasaan yang baik dengan penyokong dan mewujudkan suasana yang baik di sini malah mereka melonjakkan semangat kami manakala kami menawarkan permainan berkualiti kepada mereka, sebab itulah hubungan kedua-duanya sangat penting,” kata Emery. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN