SHAH ALAM – Seorang duda anak satu terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh seorang warga Bangladesh tiga tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zalita Zaidan membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd. Adil Ab. Sahud, 33, di akhir kes pendakwaan. Zalita dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan juga gagal memanggil saksi penting dalam…










