IPOH – Percutian sembilan sekeluarga bersantai dan mandi-manda di Air Terjun Silibin berhampiran Kawasan Perindustrian Silibin di sini semalam bertukar tragedi apabila dua daripada mereka ditemui lemas selepas hilang selama lebih tiga jam. Mangsa, K. Guganeswaran, 23, dan V. Vikneshawaran, 20, ditemui pada pukul 7.30 malam oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR). Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pada pukul 4 petang itu, kedua-dua mangsa dilihat mandi di sebuah lubuk sebelum mereka berdua menjerit meminta tolong dan sebelum tenggelam. Salah seorang ahli keluarga bertindak berjalan keluar dari kawasan tersebut sejauh empat kilometer…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya