Dua penumpang maut kenderaan terbabas dan terbalik - Utusan Malaysia

Dua penumpang maut kenderaan terbabas dan terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT – Dua penumpang yang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Land Cruiser maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik  dalam kemalangan di Jalan Pantai Pimping, Membakut kira-kira jam 3.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superitendan Azmir Abd. Razak berkata, mangsa Mohd. Fadzil Bin Loin @ Mohd Zulkifli, 18, dan Joelary Juni @ Kulin, 16, mengalami kecederaan dalaman dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pegawai perubatan. 

Azmir berkata, kedua-dua mangsa yang duduk dibahagian belakang tercampak keluar dari kenderaan itu manakala pemandu dan penumpang hadapan cedera ringan. 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama dua lagi rakannya sedang dalam perjalanan dari Kampung Palu-Palu menuju ke pekan Membakut.

“Kenderaan yang dipandu disyaki hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan kemudian terbalik beberapa kali ke bahu jalan sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN