Dua pemuda ditemukan lemas di Air Terjun Silibin - Utusan Malaysia

Dua pemuda ditemukan lemas di Air Terjun Silibin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 Feb. – Dua sepupu ditemukan lemas selepas mandi di kawasan Air Terjun Silibin berhampiran Jalan Perindustrian Silibin 1 di sini semalam.

Mayat K. Guganeswaran, 24, dan V. Vikneshwaran, 20, ditemukan pada pukul 7.30 malam di dalam air terjun berkenaan pada kedalaman dua meter.

Ketua Operasi dari  Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Sharudi Halil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.02 petang.

Beliau berkata, jarak lokasi ke tempat kejadian yang melalui jalan sempit serta pendakian hampir 45 minit menyebabkan masa panjang diambil  dalam operasi mencari dan menyelamat itu.

“Mangsa yang telah ditemukan di tempat kejadian dibawa keluar oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Ipoh serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Operasi ditamatkan pada pukul 12.05 awal pagi ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN