IPOH 9 Feb. – Dua sepupu ditemukan lemas selepas mandi di kawasan Air Terjun Silibin berhampiran Jalan Perindustrian Silibin 1 di sini semalam. Mayat K. Guganeswaran, 24, dan V. Vikneshwaran, 20, ditemukan pada pukul 7.30 malam di dalam air terjun berkenaan pada kedalaman dua meter. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Sharudi Halil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.02 petang. Beliau berkata, jarak…










