BENTONG 13 Feb. – Pertengkaran dua jiran berpunca daripada sampah yang dibakar di depan rumah akhirnya diselesaikan dengan bantuan dan campur tangan polis di Felda Lurah Bilut di sini. Difahamkan, pertengkaran mulut kira-kira pukul 10.30 pagi semalam itu bermula apabila seorang lelaki yang mengemas rumahnya membakar barang buangan termasuk katil lama di depan rumah. Tindakan itu menimbulkan rasa tidak senang jiran bersebelahan ekoran asap tebal yang memasuki rumahnya sehingga menimbulkan pertengkaran. Ketua Balai Polis Felda Lurah Bilut, Sub Inspektor Nik Hamdan Mohamad berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya