Dua beranak kurang upaya syukur penderitaan dapat perhatian PM  - Utusan Malaysia

Dua beranak kurang upaya syukur penderitaan dapat perhatian PM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Dua beranak kelainan upaya di Kampung Batu 3, di sini bersyukur apabila masalah kesihatan yang ditanggung mereka mendapat perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Demikian yang diluahkan Mohd. Idrus Ahmad, 51, yang menerima kunjungan daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya bersama-sama calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali. 

Menurut Mohd. Idrus, dia menderita akibat masalah buah pinggang sejak tiga tahun lalu dan lebih menyedihkan anaknya, Mohd. Bukhari, 17, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang cacat sejak lahir. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, penderitaan kami ini mendapat perhatian daripada Perdana Menteri dan calon PH. Sekurang-kurangnya bebanan yang kami tanggung ini dapat diringankan. 

“Ketika ini hanya anak-anak lain yang lain membantu dari segi kewangan termasuklah biaya rawatan, tetapi mereka (anak-anak lain) bukan orang senang, ” katanya. 

Sementara itu, Abu Bakar ketika ditemui selepas program ziarah tersebut memaklumkan beliau menyampaikan salam Dr. Mahathir selain menyampaikan sedikit bantuan kepada Mohd. Idrus dan keluarganya. 

Malah, beliau berharap masalah yang dihadapi Mohd. Idrus dan anaknya itu dapat ditangani sebaik-baiknya sekiranya Muhammad Aiman berjaya memenangi kerusi DUN Semenyih pada 2 Mac ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×