Dr. Mahathir tidak akan mereka cerita -Muhyiddin - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir tidak akan mereka cerita -Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 18 Feb. – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan mereka cerita mengenai tujuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemu dengannya Jumaat lalu.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau lebih mempercayai kenyataan Dr. Mahathir berbanding Pas yang cuba berdolak-dalik mengenai perkara tersebut.

Katanya, Pas seolah-olah terperangkap dengan situasi itu dan didapati cuba berbohong.

“Saya tak pasti apa isi kandungan sebenar perakuan bertulis itu sebab saya tiada keutamaan untuk mengetahuinya. Pastinya yang lebih tahu adalah Dr. Mahathir. Dr. Mahathir akan hadir ke sini (Semenyih) pada 28 Februari ini dan dia akan beritahu mengenainya.

“Mungkin beliau (Dr. Mahathir) akan menjelaskan lebih terperinci. Saya yakin dengan kenyataan Dr. Mahathir bukanlah kenyataan yang direka, bukan dia (Dr. Mahathir) tidak faham bahasa, tak akan dia tak tahu kenyataan itu tak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu menghadiri program Sembang Santai Bersama Muhyiddin di Warung Kak Ting, Beranang, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Pas yang didakwa berdolak-dalik mengenai perakuan bertulis mereka kepada Dr. Mahathir di Yayasan Albukhary, Taman Tasik Perdana dekat sini, Jumaat lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN