BERLIN 19 Feb. – Pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund keciciran mata dalam perebutan saingan liga selepas mereka seri tanpa jaringan menentang kelab tercorot, Nuremberg
di Max-Morlock-Stadion, semalam.
Dortmund kini hanya berkelebihan tiga mata mengatasi pencabar terdekat, Bayern Munich dan juara bertahan itu mencatat kemenangan 3-2 ke atas Augsburg, Jumaat lalu selepas
mereka mencatat keputusan seri tiga kali.
“Kami perlu mencari mata. Mereka memberi kesukaran kepada kami dengan mempamerkan corak permainan bertahanan namun kami perlu memperbaiki persembahan,” kata penyerang
Dortmund, Mario Goetze.
Dortmund beraksi tanpa Marco Reus dan pertahanan Lukasz Piszczek serta Manuel Akanji dan keputusan seri itu pasti menambahkan lagi tekanan kepada mereka memandangkan
sebelum ini skuad kendalian Lucien Favre itu mempunyai kelebihan sembilan mata. – AFP











