Dominos tawar piza telur masin - Utusan Malaysia

Dominos tawar piza telur masin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAJAR dengan perisa kegilaan ramai masa kini, Dominos melancarkan menu baharunya iaitu piza Royale Salted Egg. Dipadankan dengan piza kerak Royale merah, piza tersebut ditaburkan dengan sos telur masin pada bahagian atasnya.

Domino’s yang sentiasa berpegang teguh kepada janji untuk sentiasa memastikan kehendak pelanggan dipenuhi terbukti apabila menghasilkan piza telur masin berkenaan.

Menerusi pengalaman Eggstra Shiok berkenaan, terdapat tiga jenis piza yang boleh dipilih iaitu Royale Chicken Pizza dan Royale Delight Pizza.

Memuatkan artikel berkaitan…

Domino’s turut memperkenalkan Royale Chicken Wings iaitu kepak ayam bersalut telur masin dengan daun kari yang aromatik. Malah, Domino’s juga memperkenalkan roti istimewa, Royale Cheesy Stix baharu dengan sentuhan emas bagi melengkapkan menu berkenaan.

Naib Presiden Kanan Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan berkata, telur masin kini bukan lagi makanan asing dalam kalangan masyarakat.

“Ini dapat dilihat apabila popularitinya semakin meningkat dan digunakan dalam pelbagai jenis makanan.

“Kami berasa amat teruja kerana dapat berkongsi perisa telur masin versi kami yang tersendiri. Kami juga berbesar hati kerana dapat memperkenalkan sos baharu ini yang bukan sahaja dapat membangkitkan selera malah mencetuskan rasa nostalgia kepada sesiapa sahaja yang menikmatinya,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran menu baru tersebut ialah Timbalan Presiden Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree.

Sementara itu, menurut Shamsul, pihaknya berbangga kerana dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta menyediakan pengalaman yang baik buat para pelanggan kerana dengan cara itulah pelanggan boleh mengingati Domino’s.

“Misi utama kami adalah untuk mencipta pengalaman yang istimewa buat pelanggan menerusi perkhidmatan yang kami sediakan,” ujarnya.

Sempena pelancaran menu terbaru tersebut, satu perbincangan menarik bertemakan The Rise of Salted Eggs turut diadakan. Para panel berkongsi pendapat dan pandangan

mereka terhadap trend telur masin serta membincangkan pelbagai topik antaranya hidangan telur masin yang paling unik serta luar biasa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Menu edisi terhad Domino’s itu boleh didapati di Domino’s Pizza seluruh Semenanjung Malaysia sejak 11 Februari lalu.

Selain datang sendiri ke cawangan Domino’s, pelanggan boleh membuat pesanan secara online menerusi www.dominos.com.my atau menghubungi talian 1300-888-333.

Untuk nilai yang lebih berbaloi, para pelanggan boleh memilih Royal Combos yang terdiri daripada Royale Buddy Combo hanya pada harga RM39.90 dan Royale Super Combo (RM59.90).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini