Doktor palsu guna nama Malaysia tipu mangsa - Utusan Malaysia

Doktor palsu guna nama Malaysia tipu mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI SELATAN 22 Feb. – Penipuan dua wanita sebagai doktor kecantikan kini dalam peringkat penyiasatan di Bone, hari ini.

Detik News melaporkan, setiap mangsa perlu membayar sebanyak 8 hingga 13 juta rupiah (RM 2,318-RM3,767) untuk membentuk wajah muka yang diidamkan.

Bagaimanapun, mangsa-mangsa merasakan ditipu setelah muka cantik yang diidamkan mengalami kerosakan seperti bengkak dan kehitaman.

Menurut Ketua Penyiasatan dan Jenayah Kepolisian Resort Bone, Inspektor Polis M. Fahrun, pihaknya kini sedang menunggu jika masih ada mangsa-mangsa lain yang mahu tampil ke hadapan.

Suspek, Ammyza Tomme, 28, memperkenalkan diri sebagai doktor dari Singapura yang berasal Malaysia untuk menipu mangsa.

Dia yang berasal dari Enrekang kemudian telah bertemu Arini, 30, di Malaysia dan bekerjasama menipu mangsa-mangsa.

Arini digunakan sebagai alat untuk meningkatkan promosi dan Amyza selalu mengenakan pakaiaan kot putih seperti seorang doktor.

Wanita itu bukan doktor sebenar yang mana suntikan anestesia dipelajari sendiri dengan pernah mengikuti kursus kecantikan di negara jiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN