KUALA SELANGOR – Doktor pakar di hospital kerajaan diberikan kelonggaran khas iaitu cuti dua minggu tanpa rekod sekiranya ingin menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun cuti tersebut hanya diberikan sekiranya mereka mengikuti misi itu bersama NGO yang diiktiraf dan berdaftar sahaja seperti Humanitarian Care Malaysia (MyCare). “Polisi berkaitannya sememang ada dalam memudahkan mereka menyalurkan khidmat kepakaran mereka. “Kita sedia maklum keadaan di Gaza…










