SERANGAN demi serangan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan berikutan kerjasama antara UMNO dan Pas. Walaupun kerjasama ini sudah lama dinanti-nantikan oleh sebahagian besar orang Melayu tetapi malangnya ada dalam kalangan orang Melayu sendiri yang disebabkan kepentingan politik menentang habis-habisan jalinan antara kedua-dua parti itu. Istilah ‘kafir’ kembali kedengaran dan paling lucu ada pula ayat, ‘parti Islam dan kafir kerjasama untuk kemenangan di dunia, di akhirat belum tentu.’ Hebat sekali hujah tersebut seolah-olah individu yang membuat kenyataan itu sedang bergabung dalam sebuah pakatan yang pasti membawa kemenangan di dunia dan akhirat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya