Deportasi Sirul dari Australia dibincang dengan PM - Utusan Malaysia

Deportasi Sirul dari Australia dibincang dengan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, deportasi Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan dan dihukum mati kerana membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu dari Australia akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Ia akan dibincang dengan Perdana Menteri. Jika hukuman mati mandatori boleh diubah, dia (Sirul) boleh balik,” kata Wan Azizah ketika diminta mengulas mengenai usaha Sirul Azhar mendapatkan suaka politik ditolak oleh sebuah mahkamah Australia pada Isnin, sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita negara itu hari ini.

Wan Azizah ditemui selepas merasmikan ulang tahun ketiga Persatuan Usahawan Cina Malaysia (PUCM), di sini malam ini. Majlis itu bersempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Turut hadir Presiden PUCM, Datuk Keith Li dan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian.

Jurucakap Jabatan Peguam Negara Australia berkata hari ini, Sirul Azhar boleh diekstradisi ke Malaysia dengan syarat ada aku janji bahawa hukuman mati tidak akan dilaksanakan. – Bernama

 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN