BARCELONA – Penggempur Barcelona, Ousmane Dembele mengakui kehadiran kapten sensasi mereka, Lionel Messi dalam setiap aksi menjadikan tugasnya lebih mudah serta mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung dalam mencari jaringan. Pemain antarabangsa Perancis itu mengakui, Messi adalah gandingan yang terbaik buatnya ketika ini sehingga kedua-dua mereka berjaya meledak 43 gol dalam semua kejohanan setakat ini. Bekas pemain Borussia Dortmund itu tiba di Camp Nou tetapi gagal memberikan persembahan yang baik pada peringkat awal apabila diletakkan harapan yang tinggi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Neymar, namun dia kini kembali menemui prestasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya