DIA masih ingat bagaimana ‘peritnya’ masuk ke set penggambaran buat kali pertama. Ketika itu Daniel Fong, 25 tahun bukanlah siapa-siapa dan menjadi orang baharu yang sedang mencuba nasib.
Silap sedikit sahaja dia terus dimarahi oleh pengarah dan pelakon. Namun sebagai orang baharu tiada apa yang mampu dilakukan selain daripada terus menahan malu dan belajar selok belok dunia lakonan.
“Itu memang pengalaman pertama yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila. Orang yang sudah berpengalaman tiada masalah tetapi saya sering pula dimarahi kerana melakukan kesalahan.
“Tapi tak mengapa, itu kan sebahagian daripada pelajaran. Akhirnya saya tahu yang kemarahan mereka membuatkan mutu lakonan bertambah baik sehari demi sehari,” katanya yang memulakan langkah ketika berusia 19.
Menerusi sitkom 88 Kopitiam itu juga dia membina keyakinan diri. Sudah tentu herdikan beberapa pelakon dek kerana kesalahan yang dilakukan juga masih berbekas dalam ingatan.
Menganggap apa yang berlaku cukup asing, dia membulatkan tekad untuk bergelar anak seni.
Meskipun ada kala terbit rasa serik, dia akhirnya memberanikan diri menghadiri uji bakat lain.
Hasilnya dia diterima untuk terlibat dalam sitkom We Are Young pula. Dari situ dia tahu yang akan diterima ramai sekiranya terus berusaha keras mencari tapak.
Menganggap pasaran seni Melayu lebih terbuka luas, Daniel tidak hanya mahu tertumpu kepada pasaran Mandarin semata-mata. Baginya dia mahu mengikut jejak langkah Alvin Chong yang mampu menembusi pasaran Melayu.
“Ini sasaran saya ketika ini mahu menembusi pasaran Malaysia. Tidak hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja sebaliknya semua!
“Sebab itu saya juga giat memperkukuhkan penguasaan Bahasa Melayu agar pelat berkurangan. Rasanya kalau selalu praktis semuanya akan berjalan lancar,” katanya.
kan sebahagian daripada pelajaran. Akhirnya saya tahu yang kemarahan mereka membuatkan mutu lakonan bertambah baik sehari demi sehari,” katanya yang memulakan langkah ketika berusia 19.
Menerusi sitkom 88 Kopitiam itu juga dia membina keyakinan diri. Sudah tentu herdikan beberapa pelakon dek kerana kesalahan yang dilakukan juga masih berbekas dalam ingatan.
Menganggap apa yang berlaku cukup asing, dia membulatkan tekad untuk bergelar anak seni. Meskipun ada kala terbit rasa serik, dia akhirnya memberanikan diri menghadiri uji bakat lain.