KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi sambil menegaskan siapa pun yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, tugas SPRM adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kemasukan duit ke akaun terbabit. “Saya tidak mahu membuat spekulasi individu tertentu akan dipanggil atau tidak kerana rasuah ini bukan melibatkan spekulasi atau pun jangkaan. Ia lebih kepada fakta,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Amanat Perdana Integriti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya