COX’S BAZAR 11 Feb. – Cubaan 22 orang etnik Rohingya untuk menyeludup masuk ke Malaysia menggunakan bot berjaya digagalkan pasukan keselamatan Bangladesh, semalam. Mereka adalah kumpulan kedua yang berjaya dihalang pihak berkuasa daripada meninggalkan kem pelarian tersebut dalam tempoh tiga hari. Pasukan Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) dilaporkan berjaya menjumpai 11 wanita, 10 kanak-kanak dan seorang lelaki di sebuah kampung di kawasan pantai Teluk Bengal berhampiran sempadan Myanmar. “Kesemua pelarian tersebut…










