WASHINGTON 23 Feb. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencalonkan Duta AS ke Kanada, Kelly Craft bagi menggantikan Nikki Haley sebagai duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Channel News Asia melaporkan, nama Craft dicalonkan selepas dicadangkan oleh Pemimpin Majoriti Senat, Mith McCornnell.
Trump menerusi Twitternya menulis bahawa beliau yakin dengan dengan sikap kepemimpinan yang dimiliki oleh Craft dan mampu mengangkat nama AS di mata dunia. – AGENSI










