BARCELONA – Dua gergasi Liga Perdana England, Chelsea dan Manchester United sudah boleh melupakan hajat mereka untuk menandatangani bintang Barcelona, Philippe Coutinho. Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu sekali lagi memberikan amaran kepada Chelsea dan United yang mereka tidak akan menjual Coutinho, 26, meskipun ‘diumpan’ dengan tawaran amat lumayan selepas ini. “Coutinho tidak akan dijual, jangkaan kami terhadapnya cukup tinggi. Lagi pun dia adalah salah seorang pemain yang kami mahu kekalkan…










