MINYAK wangi ibarat ceritera di sebalik aroma, kadangkala ia bertukar menjadi puisi dalam lipatan memori. Itu bait kata yang pernah diucap pakar minyak wangi tersohor kelahiran Perancis, Jean-Claude Ellena. Ungkapan ringkas tetapi padat itu memperlihatkan amalan pemakaian minyak wangi bukan sekadar bertujuan menambat deria bau. Malah, ia mempunyai matlamat menyuntik imej yang baik buat diri si pemakai supaya tampak menyenangkan dan selesa didekati. Selain itu, haruman atau minyak wangi turut…










