PASIR MAS – Pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat pendengaran dan bisu yang bercinta menerusi laman sosial Facebook selamat dinikahkan di Masjid Mukim Repek di sini kelmarin. Mohd. Zulkarnain Zahari, 29, dari Kampung Dewan Beta, Kota Bharu dan Siti Zahanis Zakaria, 21, dari Kampung Repek, Pasir Mas selamat dinikahkan oleh Imam Tua masjid berkenaan, Othman Ahmad pada pukul 10 pagi. Dengan sekali lafaz menggunakan bahasa isyarat, Mohd. Zulkarnain sah menjadi suami kepada Siti Zahanis. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya