KUALA LUMPUR 14 Feb. – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) enggan meletakkan sasaran pingat emas kepada Datuk Lee Chong Wei dalam Sukan Olimpik 2020, sebaliknya mahu memberi ruang kepada jaguh negara itu untuk kembali secara kompetitif. Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Ng Chin Chai berkata, pihaknya tidak boleh terus meletakkan sasaran besar kerana pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu sudah lama tidak beraksi secara kompetitif . “Berikan…










