KUALA LUMPUR 22 Feb. – Orang ramai dijemput menghadiri program Ceramah Agama dan Laman Santai anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Ampitheater Dataran MPAJ bermula dari pukul 8 malam hingga 11 malam, esok.
Memuatkan artikel berkaitan…
Logo MPAJ
MPAJ dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, ceramah agama yang bertajuk Solat Tiang Agama itu akan disampaikan oleh Pendakwah Milenia musim ketiga iaitu Da’i Fuad.
“Sebarang pertanyaan berhubung majlis itu boleh menghubungi Pegawai Komunikasi Korporat, Norhayati Ahmad di talian 019 3839 408 atau Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariat (03 4285 7271),” katanya. – UTUSAN ONLINE











