MELAKA 12 Feb. – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Individu yang memuat naik gambar cendol durian Musang King berharga RM114 untuk tiga mangkuk dalam media sosial baru-baru ini sememangnya bertuah kerana pemilik kedai itu menawarkan cendol percuma selama setahun. Pemilik Raja Cendol Taming Sari, Muhammad Ariff Qayyum Mohd. Zambri, 25, berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan pemilik akaun Facebook yang dipercayai bertindak memuat naik resit…