MADRID 23 Feb. – Seirang pemuda berusia 26 tahun ditahan selepas disyaki membunuh ibunya dan memotong mayat mangsa sebelum disimpan dalam bekas plastik berjenama Tupperware.
Insiden berkenaan mula disedari apabila rakan mangsa yang berusia 66 tahun itu melaporkan ‘kehilangannya’ selama lebih sebulan, menyebabkan pasukan peronda melawat kediaman wanita malang itu Khamis lalu.
Jurucakap polis berkata, sebaik pasukannya memasuki rumah mangsa di kawasan kejiranan Salamanca itu, polis menemukan beberapa ketulan mayat yang disimpan dalam bekas berbeza. – AFP










