PEKAN 10 Feb. – Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu ditemukan di dalam semak bersebelahan ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Tanjung Medang Kemahang di sini dipercayai mati dibunuh. Siti Masitah Ibrahim Mayat Siti Masitah Ibrahim yang berketurunan Kemboja ditemukan kira-kira pukul 4 petang semalam oleh penduduk kampung yang memburu ayam hutan di kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis.…










