THE HAGUE 9 Feb. – Kira-kira 42 buah syarikat yang berpangkalan di Britain telah berpindah atau bakal memindahkan operasi mereka ke Netherlands sebagai maklum balas terhadap ketidaktentuan Brexit. Agensi pelaburan asing Belanda dalam satu kenyataan memberitahu, perpindahan itu membabitkan lebih 2,000 kakitangan dan pelaburan bernilai 291 juta euro (RM1.34 bilion). Agensi itu berkata, senarai itu termasuk bank pelaburan Jepun, Norinchukin, syarikat media TVT Media, penyedia perkhidmatan kewangan MarketAxess and Azimo…










