Breakdance akan diperhalusi untuk Paris 2024 - Utusan Malaysia

Breakdance akan diperhalusi untuk Paris 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Majlis Sukan Negara (MSN) akan memperhalusi beberapa perkara melibatkan sukan baharu termasuk breakdance sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, usaha itu perlu dilaksanakan bermula sekarang bagi memastikan atlet negara bersedia untuk menghadapi temasya itu nanti.

“Breakdance sudah memang ada di negara ini dan kita perlu bersedia dari sekarang untuk menghadapi 2024.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MSN akan memperhalusi sukan-sukan baharu ini. Breakdance sudah lama ada cuma mungkin tiada koordinasi yang baik dan kami akan berusaha untuk menjadikan sukan ini sebagai institusi bagi menghadapi Sukan Olimpik,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sebelum ini, acara breakdance disenaraikan untuk menyertai sukan baharu dalam Sukan Olimpik Paris 2024 dan perkara itu disahkan oleh Ketua Jawatankuasa Penganjur Paris 2024, Tony Estanguet yang mahu sukan berkenaan mampu menjadikan Sukan Olimpik lebih ‘urban’ dan artistik.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×