ALOR SETAR – Kebakaran di Gunung Baling, Baling semakin terkawal susulan operasi pemadaman hari ini, namun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meningkatkan pemantauan bagi mengelak api merebak ke Gunung Pulai yang terletak bersebelahan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, ini susulan penemuan kesan api di kaki Gunung Baling yang dilihat menghala ke Gunung Pulai. “Kita lihat api bergerak dalam satu jalur dan garisan panjang…










