KUANTAN 16 Feb. – Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dekat sini dipanggil bagi membantu mengangkat seorang wanita obesiti dengan berat badan lebih 150 kilogram untuk dipindahkan dari Hospital Pekan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Penolong Penguasa Bomba Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan dari Hospital Pekan untuk mendapatkan bantuan mengangkat pesakit berusia…









