HONG KONG 3 Feb. – Sebutir bom tangan era Perang Dunia Pertama (WW I) buatan Jerman ditemukan tersembunyi bersama timbunan ubi kentang yang diimport dari Perancis untuk sebuah kilang kerepek tempatan. Jurucakap polis, Superintendan Wilfred Wong Ho-hon berkata, bom tersebut diletupkan selepas ditemukan di sebuah gudang makanan ringan, Calbee, di sini. “Bom itu dalam keadaan tidak stabil kerana pernah ‘dilepaskan’ sebelum ini tetapi gagal meledak,” katanya. Jelas beliau, bom berkenaan dibungkus dengan rapi sebelum diletupkan di sebuah longkang berhampiran gudang tersebut. “Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kami percaya bom itu secara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya