GEORGE TOWN – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum membuat keputusan untuk melebarkan sayap ke Sabah, kata Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menurut Perdana Menteri, perkara itu perlu dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi terlebih dahulu. “Kita buat keputusan dalam mesyuarat. Kita adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dulu (sebelum membuat apa-apa keputusan melebarkan sayap ke Sabah),” katanya kepada pemberita hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO…










