AMMAN 7 Feb. – Bekas ketua kastam dan menteri serta ahli perniagaan terkemuka antara 29 suspek yang didakwa dalam kes rasuah melibatkan rokok palsu di sini hari ini. Menurut sumber kehakiman, lebih 12 syarikat dan firma turut didakwa dalam ‘kes tembakau’ yang dilaporkan menyebabkan perbendaharaan Jordan kerugian hasil beratus juta dolar. Beberapa pertuduhan dibuat terhadap 29 suspek dan syarikat-syarikat terlibat termasuk salah guna kuasa, rasuah, penyeludupan dan pengubahan wang haram. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya