JOHOR BAHRU 10 Feb. – Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi dan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM230,000 sebentar tadi. Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Mengikut pertuduhan pertama, Noor Ehsanuddin sebagai penjawat awam yang bertugas di Felda telah menerima suatu benda berharga iaitu deposit…










