SANA, Yemen – Pasangan kembar siam yang dilahirkan di sini dengan keadaan dicephalus parapagus iaitu dua kepala berkongsi satu badan kini bertarung untuk hidup, menurut doktor. Kembar itu, Abdul-Khaliq dan Abdul-Rahim dianggap sebagai satu kes unik kerana memiliki masing-masing dua jantung, paru-paru, perut dan tulang belakang selain dua kepala. Mereka berkongsi tulang pelvis bersama sepasang tangan dan kaki. Menurut laporan, kembar lelaki istimewa itu dilahirkan menerusi pembedahan di Hospital Al-Thawra di sini pada bulan lalu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan. Kembar siam itu berada dalam keadaan stabil.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya