TAIPING – Seorang bayi lelaki masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemui di hadapan Surau Nur Iman, Kampung Pinang Seberang, Kamunting dekat sini petang tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab. Hamid berkata, bayi tersebut ditemui oleh seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ketika dia sedang melakukan tugas rondaan di kawasan berkenaan. “Bayi yang masih bertali pusat itu ditinggalkan di dalam sebuah kotak yang diletakkan di hadapan surau kampung berkenaan. “Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. Tambah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya