Bauksit : proses libat urus diadakan tambah baik SOP - Utusan Malaysia

Bauksit : proses libat urus diadakan tambah baik SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Feb. – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan mengadakan sesi pendengaran awam dan libat urus bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) pengurusan perlombongan dan pengeskportan bauksit di Pahang.

Menurut kenyataan kementerian itu, proses libat urus itu akan diadakan sebelum 31 Mac dan akan mengambil kira kepentingan rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar.

Menurut kenyataan itu lagi, SOP tersebut merangkumi semua aspek termasuk perancangan perlombongan, pengurusan tapak perlombongan bauksit; pengangkutan dan penguatkuasaan; pengurusan tapak stok dan pelabuhan serta prosedur pengeksportan bauksit.

“Orang awam akan dapat akses serta meneliti SOP tersebut pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” menurut kenyataan itu hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN