KUALA LUMPUR 8 Feb. – Acara pameran produk batik, Batik Fest akan dijadikan acara tahunan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bermula tahun ini. Menurut Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, langkah itu bertepatan dengan hasrat kementerian mempromosikan produk batik sebagai pakaian pilihan rakyat Malaysia serta warisan negara yang membanggakan. “Sejajar dengan usaha menggalakkan amalan pemakaian batik Malaysia di semua peringkat selain untuk memupuk dan meningkatkan rasa suka terhadap seni…










