Barkley minta Sarri diberikan masa - Utusan Malaysia

Barkley minta Sarri diberikan masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Feb. – Ross Barkley menegaskan bahawa pengendali Chelsea, Maurizio Sarri perlu diberikan masa kerana dia berdepan situasi sama seperti Pep Guardiola di peringkat awal semasa menyertai Manchester City.

Sarri kini berdepan tekanan dan masa depannya bergantung kepada aksi final Piala Liga menentang City selepas tewas tiga daripada enam perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Chelsea kini berada di kedudukan keenam liga dan tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas kepada Manchester United.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi Chelsea membuatkan ramai mempersoalkan cara permainan Sarri yang kini dikaitkan dengan perpindahan ke Serie A bersama kelab Roma.

“Kami belajar setiap hari. Kami adalah pemain bertaraf dunia dan kami mahu belajar lebih banyak.

“Jika dibandingkan dengan musim pertama Pep, mereka juga berdepan situasi turun naik. Ketika saya bersama Everton, kami tewaskan mereka 4-0.

“Kami ada cita-cita untuk menjadi kelab terbaik dunia. Kami adalah antara kelab terkemuka dunia.

“Cara permainan yang pengurus mahukan masih belum capai tahap terbailk tetapi ia boleh diperbaiki dan saya percaya masa depan kami semua sangat cerah.

“Kami lakukannya setiap hari semasa latihan. Saya pasti, masa itu akan tiba,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×